Blogger Layouts

Friday, December 21, 2012

berakhirnya semester 5 :D

Assalamualaikum..

Hari terakhir dalam kelas sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerajasama Darul Quran JAKIM.cepat sgguh masa berlalu. sedar tak sedar dah nak final Semester 5 sudaa. hayyo. cepat sgguh masa berlalu. semester hadapan adalah semester utk praktikal. o yeah! ntah bagaimana lah nanti time praktikal. uhuhu. mgajar kah? atau buat kerja pengurusan kah? ohooo. tggu saja lah. setakat ni, Khalifah Model School yang menerima saya untuk buat latihan industri. khalifah dimana2 sahaja. :D

Final exam akan bermula pada 2 Januari -12 Januari 2013. hoho. peperiksaan terakhir utk abiskan Ijazah. hahaha. bagaimana rupanya nnt pn tak tahu lahhh. stakat ni semua setel dah keje melainkan THESIS dan BUKU ICT! sememangnya ini yang amat memberi tekanan. huhu. hujung mggu dpan kna hntar buku, hujung bulan kena hantar THESIS. dicampur gaul sekali dgn nak exam. mmg akan jadi makin sebati dan sgt seronok. amat seronok!

sememangnya jauh di sudut hati, terasa sedikit kesedihan utk mnggalkan bumi barakah ini. di sini bnyak kenangan yg pastinya akan dirindui. pahit manis disini bermula. Darul Quran sememangnya memberikan bnyak kenangan utk diri ini. dari sekecil2nya hgga ke sebesar2nya. huhu. ok, sy taknak buat cerita sedih dalam blog ini statkat ini. haha. ok titik!

ok la sekian sahaja utk kali ini. kelas us zulfiqar dah nak habis dah. makanya dah takda internet lagi dah. haha.ok, doakan saya agar dapat siapkan thesis dgn jayanya sekali! 

May ALLAH bless you!

aishasamihah
211212 
Darul Quran JAKIM

Sunday, December 9, 2012

Khalifah Teens Camp 2012

Assalamualaikum..

ahaa. sekian lama tidak ku mgarang apatah lagi meng'update' blog ku. hehe. sungguh, kesibukan telah melanda diri ini. al-maklumlah, semester akhir di DQ, maka kerjanya pn banyak lah kan. hehe. hmm. cepat masa berlalu kan. pejam celik, dah nak habis dah sem5. baru je rasa aritu daftar. ohoiiii. cepat sungguh!
hmm. ok dabis bab bebelan semester. dah tersasar jauh dr tajuk sebenar. hehehe

kali ini nak mgarang dan bercerita mgenai satu program yang telah kami anjurkan dgn kerjasama JKKK kampung damai Kuang.. iaitu program yg bertajuk  ..bernama Khalifah Teens Camp. program ini adlh pgrm yg pertama yg dibuat dgn menerapkan konsep Khalifah dalam diri para peserta. bertarikh 16-18 November bersamaan hari Jumaat-Ahad bertempat di pasir puteh kalumpang resort. tempat yg amat tenang sbb ada air terjun yg sgt menenangkan dan sgt best. 

First impression sy pada peserta ini adalah mereka sgt senyap dan terasa payah nk attract mereka semua. tapi tekaan saya meleset apabila mereka semua pada hakikat sebenarnya sangatlah sporting. lain dari yg lain. hehe. terhibur dgn gelagat mereka. berada bersama mereka mmbuatkan fikiran ini tenang dr memikirkan tentang segala esaimen2 yg bertimbun bnyaknya. haha. best! kem ini adlh ptama kali sy join yg mana barang amanah mereka sewaktu jungle trekking adalah seekor ayam bandar yg hidup. haha. smemangnya saya geli utk memegangnya tp kanak2 ini sgtlah berani dan bagus. mereka bawak ayam tu, mcm bwk buku teks g skolah. haha. sgtlah best mereka ini! :) bergilir2 diorg bwk ayam. faci2 pn tak kurang hebatnya juga sewaktu bawak ayam. haha. smpai ada yg terjatuh. oppsss. cerita itu hnya kenangan hehe. jungle trekking kali ini amatlah mncabar. amatlah tggi bukit yg didaki. saya juga mendapat kenangan sewaktu jungke trekking!! 

hmm. masa nightwalk juga mereka amatlah kelakar dgn gaya dan gelagat masing2. ada yg nangis, ada jugak yg gelak, ad yg blagak macho. haha. night walk ini juga amatlah mncabar utk sy sbg sorg perempuan. berada di dalam hutan yg teramatlah gelap. masa tu mmg semua ayat baca. berbeza dgn nightwalk yg prnah dilalui sblm ni. kali ini sgt mencabar. tp ianya meninggalkan kenangan yg sgt bermakna buat  saya dan komiti, fasi yg lain. mereka sgt berani pada hakikatnya! tahniah utk adik2 semua! korang sangatlah best!!!

ianya kini hanya kenangan yg sentiasa ada dalam ingtan dan hati saya. bila saya rindu, saya akan dgar lagu tema pgrm iaitu lagu Gemuruh by faizal tahir. dulu, tak minat lagu ni tp since join pgrm ni, jadi minat plak. sbb masa diorg nyanyi tu, mmg smangat habis la. hehe. saya ada video utk tgok kalian smgat nyanyi. hehe. en modulator juga semangat bila bersama para peserta ktika mnyayikan lagu :) saya dengar lagu Gemuruh, saya akan ingat kalian! miss all of you so much!

beralih kepada mereka2 yg mjd tulang belakang pgrm ini.. :)

En muhamad afif bin idris merupakan modulator sepanjang pgrm tersbut. alhamdulillah, anda telah mnjayakan pgrm ini dgn jayanya. anda mmpunyai skills tersendiri utk menarik perhatian para peserta. tahniah dan syabas! - ikhlas dari hati bukan nk membodek :p-
cik amaanyna, en khairil idlan & en nasrulhaq merupakan komiti spjg pgrm berjalan. alhamdulillah, kalian juga telah myempurnakan tgjwb kalian dgn sebaiknya. :) tanpa mereka, tiada lah tempat tidur bg peserta :p (xdek kaitan).
ok now bhgian fasi2 pulak. hehe. mcm2 ragam juga faci ni. mcm2 tarikan dan gaya diorg lakukan utk ahli kump diorg. ada yg takut ayam, ada yg takut gelap, ada yg jatuh.. hehe. mcm2 lah. kalian dtg dgn pelbagai variasi bak kata en modulator. tahniah dan syabas buat mursyidah, ainun, asma, anis, fadzil, amirul, kodeng, abdullah. korang semua mmg best! thank you Allah for all the blessings!

okla, ckupla skadar itu sahaja coretan hamba pada kali ni. skadar utk meng'abadi' kan kenangan. hehe. alhamdulillah! seinfiniti kesyukuran pd Ilahi. smmgnya inilah rasanya manisnya sebuah pertemuan dan ukhwah. Allah yg mengaturkan pertemuan ini dan keranaNya jua ukhwah ini tercipta. utk adik2, kak aishah doakan agar kalian semua berjaya dalam pelajaran. ingat tgjwab kita sbg seorg khalifah. jadilah seorg anak dan juga pelajar yg baik akhlaknya. moga Allah sentiasa mmberkati kalian semua dalam apa jua yg kalian lakukan. doa kami mengiringi kalian semua! 

mohon maaf utk sgala kekurangan. salam sayang dan rindu buat semua.. :)

aisha samihah
bandar baru bangi
091212 

xoxo. Aisha. publish!
haha tagline cte Istanbul aku datang :p


ini adalah keluarga besar kami di KTC'01 
ada lagi adik2 perempuan yg takde dlm ni.. 
-sila klik pada gambar utk nampak semua hehe-